Amil Zakat Bertauliah
Bayar Zakat Secara Online Mudah Dan Pantas
” lslam itu terbina atas lima perkara : bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad S.A.W utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Kenapa Perlu Berzakat Melalui Kami?
- Sebuah sekolah yang berasaskan kebajikan dan tidak bermotifkan keuntungan.
- Yuran pembelajaran pelajar adalah melalui hibbah berdasarkan kemampuan ibubapa, infaq atau tajaan dari individu atau koperat dan agihan zakat dari Lembaga Zakat Selangor.
- Terdapat pelajar di kalangan asnaf dan anak yatim yang memerlukan bantuan kewangan pendidikan
- Agihan Zakat yang diperolehi akan disalurkan dana ini kepada golongan yang memerlukan seperti Rumah Perlindungan, Anak Yatim, Asnaf, Fakir-Miskin, OKU Warga Emas, Madrasah, Surau & Masjid, Komuniti Setempat
- Telah mendapat tauliah lantikan dari Lembaga Zakat Selangor sebagai Amil Zakat Bertauliah sejak dari tahun 2021 Kod PA : 2126
- Sekolah ini telah berdaftar dengan Jabatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan no kod sekolah: BJJ1011 dan Jabatan Agama Islam Selangor.
Bayaran Terus Ke Lembaga Zakat Selangor
Slip Pengesahan Bayaran Zakat boleh dikemukakan kepada LHDN bagi tujuan rebat cukai mahupun tuntutan penolakan cukai di bawah Seksyen Seksyen 6A (3) dan Seksyen 44 (11 A), Akta Cukai Pendapatan 1967.
Kelebihan Bayar Zakat Online
Bayaran Terus Ke Lembaga Zakat
Bayaran zakat akan terus ke Lembaga Zakat Selangor.
Syarikat yang berdaftar akan menikmati rebat cukai 2.5%.
Agihan kutipan zakat akan disalurkan terus ke golongan asnaf.
Resit rasmi zakat akan dihantar melalui emel selepas pembayaran.
Layak mendapat penolakan cukai pendapatan 100%.
Proses bayaran boleh dilakukan tanpa perlu ke kaunter zakat.
Hukum Berzakat
Kewajipan & Kelebihan Berzakat
Surah An-Nur: 56
Syarat Wajib Zakat
Pemilik harta mestilah seseorang yang beragama Islam kerana zakat disyariatkan kepada orang Islam sahaja. Golongan bukan Islam tidak diminta untuk mengeluarkan zakat kerana zakat adalah ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta menzahirkan kepatuhan diri sebagai seorang hamba.
Bebas daripada cengkaman penghambaan. Isu hamba tidak timbul pada masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan oleh para ulama sebagai salah satu syarat wajib berzakat.
Pemilikan terhadap sesebuah harta hendaklah jelas di mana tiada orang lain yang berhak ke atasnya melainkan dirinya sendiri. Dengan pemilikan sempurna, sesuatu harta tidak tertakluk kepada hak pihak lain. Pemiliknya mampu mengendalikan harta tersebut secara bebas dan keuntungan daripadanya juga kembali kepada pemiliknya. Maka, tidak wajib zakat kepada harta yang tidak mempunyai pemilik tertentu atau dimiliki oleh awam seperti tanah wakaf, harta baitulmal dan seumpamanya. Syarat pemilikan sempurna diambil daripada dalil-dalil berkenaan zakat yang menyandarkan perkataan harta kepada pemiliknya sebagaimana firman Allah (yang bermaksud):
” Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) ” [Surah al-Taubah (9): 103]
Sesuatu harta yang dimiliki hendaklah mencukupi nisab yakni paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu dikeluarkan zakat. Umumnya, setiap kategori harta mempunyai kadar nisabnya yang tersendiri. Misalnya bagi Zakat Pendapatan, Perniagaan, Wang Simpanan, Saham dan Emas, nisabnya adalah nilaian 20 mithqal (85 gram emas). Manakala nisab bagi Zakat Pertanian adalah 5 wasaq (atau awsuq). Bagi nisab Zakat Ternakan adalah berpandukan ukuran ketetapan yang telah dinyatakan dalam nas hadis.
Cukup haul bermaksud telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari. Pada asalnya, asas perkiraan haul adalah mengikut tahun Hijrah, namun oleh kerana kebiasaan (uruf) pada hari ini penggunaan tahun masihi mengatasi penggunaan tahun Hijrah, maka praktis pengiraan zakat lebih tertumpu kepada kalendar tahun masihi.
Haul menjadi syarat dan penyelaras dalam sistem zakat. Pensyaratan haul terhadap sesetengah harta adalah pendapat jumhur ulama dan sebahagian mereka menukilkan ijmak. Namun ulama telah menetapkan bahawa pensyaratan haul tidak meliputi seluruh sistem zakat di mana ia disyaratkan kepada beberapa jenis zakat seperti Emas, Perniagaan dan Ternakan. Manakala Zakat Pendapatan, Pertanian dan Rikaz tidak disyaratkan haul.
*Rikaz ialah harta kekayaan yang dijumpai tertanam di dalam tanah hasil simpanan orang-orang
Harta yang akan dikenakan zakat mestilah harta yang berkembang atau berpontensi untuk berkembang. Sifat berkembang harta adalah sifat yang memberikan pulangan dan pendapatan kepada pemiliknya. Secara praktis, ulama sejak zaman-berzaman tidak mewajibkan zakat terhadap haiwan yang dijadikan kenderaan, rumah kediaman, perabot rumah, alat-alat pekerjaan, dan lain-lain yang sifatnya tidak berkembang kerana ia dijadikan semata-mata untuk kegunaan peribadi. Syarat ini sebenarnya selari dengan makna asal perkataan zakat dalam bahasa Arab yang memberi maksud bertambah dan berkembang. Syarat ini diambil daripada nas hadis Rasulullah SAW (yang bermaksud):
Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, beliau bersabda: Tidak ada kewajipan zakat atas seorang Muslim
pada hambanya dan tidak pula pada kudanya.(HR Bukhari & Muslim)
Antara sebab zakat hanya diwajibkan atas harta yang berkembang ialah agar pembayaran zakat tidak membawa kepada penyusutan harta. Lebih-lebih lagi sekiranya harta tersebut hanya satu-satunya sumber untuk kelangsungan hidup pemiliknya, maka jikalau zakat tetap dikenakan sudah tentu akan membawa kesusahan kepada pemiliknya.