KATA-KATA ALUAN GURU BESAR SRI INTEGRASI TAHFIZ AL-GHAZALI BANDAR SAUJANA PUTRA (SAG)
Assalamualaikum wbt. Segala puji dan syukur hanya pada Allah SWT atas segala kurniaan-Nya dan kurniaan-Nya yang teragung adalah pengutusan Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat seluruh alam. Saya Ustaz Mohd Faiz Md Yasin selaku Guru Besar SRI Integrasi Tahfiz Al-Ghazali tersangatlah berbesar hati kerana anda memilih untuk singgah di laman web kami ini. Kami di SAG merupakan sebuah sekolah swasta yang telah beroperasi bermula dengan hanya satu blok iaitu blok 78 pada tahun 2017 dan sekarang berkembang di blok 78-1,2,3 dan 80-1,2 Jalan SP 1/2, Bandar Saujana Putra.
SRIIT AL-GHAZALI diasaskan oleh Guru yang dikasihi iaitu Walid Ibrahim Al-Malik. Peringkat awal sekolah ini menggunakan platform NGO – HaRum untuk menampung keperluan sekolah. Kemudian pada Jun 2019 secara rasminya Sekolah Al-Ghazali telah dilantik sebagai Penolong Amil Zakat bagi Lembaga Zakat Selangor dan membolehkan pelbagai pihak membayar pelbagai jenis zakat melalui sekolah. Sekarang kami mempunyai 30 staf dan guru-guru yang terlatih bagi melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia dan beradab, dan seterusnya berjaya dalam akademik. Alhamdulillah perkembangan pelajar dari tahun ke tahun dan maklumbalas yang baik daripada ibu bapa menjadi semangat kepada kami untuk terus ikhlas dalam mendidik anak-anak sebagai pewaris kepimpinan masa depan. Semoga SAG terus maju dan mendapat sokongan semua lapisan masyarakat.
ENCIK MOHD FAIZ BIN MD YASIN
Guru Besar Sekolah Al-Ghazali

5 NILAI TERAS SEKOLAH AL-GHAZALI
ADAB
CINTA
TAAT
KHIDMAT
FAKIR
Adab
Asas pendidikan utama yang ditekankan di Sekolah Al-Ghazali ialah penghayatan Tauhid dan Adab…

Pintar & Cerdas
Sekolah ini menggabungkan sistem pendidikan terbaik yang diambil serata dunia…
Mendapat kelulusan JAIS
Alhamdulillah, Sekolah Al-Ghazali juga telah berdaftar dan mendapat kelulusan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

APA KATA IBU-BAPA
“Perubahan positif pada anak saya, dia mudah melakukan ibadah terutamanya ibadah solat dan ringan tulang untuk membantu ibu dan ayahnya di rumah”
“Pendapat saya berkenaan Sekolah Al Ghazali, sekolah ini adalah satu usaha ke arah pendidikan yang bertunjangkan Islam yang mengutamakan Pembangunan Modal Insan yang berkeperibadian dan berakhlak mengikut ajaran Islam.
Antara kesan positif yang saya lihat pada anak saya setelah mereka bersekolah di sekolah ini ialah anak saya lebih sopan dalam berbicara terutama kepada ibu bapa dan mudah menerima teguran dan nasihat dari ibu bapa”.

