logo

Tentang Kami

Tentang Kami

Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Al-Ghazali telah ditubuhkan sejak Februari 2017 serta berdaftar dengan pihak JAIS pada bulan Oktober 2018. Sekolah ini diasaskan oleh cikgu Walid Ibrahim Al-Malik.

Juga dikenali sebagai Sekolah Al-Ghazali (SAG), tujuan utama penubuhan sekolah ini bukanlah untuk mendapatkan keuntungan kerana sekolah ini bertujuan untuk memberikan alternatif kepada setiap lapisan masyarakat supaya para pelajar mendapat pendidikan yang seimbang dari segi spiritual, intelektual, emosi serta fizikal. 

Sekolah kami menggunakan platform NGO – HaRum pada peringkat awal penubuhan bagi menampung keperluan sekolah. Apabila sekolah ini menjadi kukuh dari segi kewangan, pihak kami mula bersifat autonomi dalam aspek pengurusan serta kewangan.

Namun, apakah perkara yang membezakan sekolah kami dengan sekolah yang lain? Sekolah ini tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran. Sebaliknya, kami mengamalkan sistem hibah (hadiah). 

Ini bermaksud seluruh kos pembelajaran para pelajar akan dibantu oleh para ibu bapa yang ingin menawarkan bantuan dari segi kewangan ataupun peralatan sekolah. Melalui sistem ini yang berteraskan dasar ekonomi ihsan yang memupuk sifat ingin memberi kepada golongan yang tidak berkemampuan.

Sistem ini bukan sahaja meringankan beban para ibu bapa yang tidak berkemampuan dari segi kewangan, malah memberikan peluang kepada para ibu bapa yang mampu dari segi kewangan untuk melakukan amal jariah demi bekalan di akhirat kelak.

Visi

Menjadi KoSKB yang maju dan berdaya saing yang menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk kepentingan ahli serta semua pihak. 

Misi

Menjana keuntungan yang mampan daripada rangkaian aktiviti dan perkhidmatan dan memberikan pulangan yang dapat mengurangkan komitmen kewangan para ahli.

Scroll to Top