logo

TAJAAN PEK MAKANAN PELAJAR AKADEMI AL-GHAZALI 2024

Akademi Al-Ghazali telah ditubuhkan sejak tahun 2020 bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan mempunyai hampir 60 pelajar berdaftar yang terdiri dari anak-anak golongan Asnaf dan yang kurang berkemampuan dari segi kewangan untuk membiayai kos perbelanjaan harian.

Akademi ini dibina tanpa bermotifkan keuntungan, sebaliknya merupakan satu langkah alternatif pendidikan yang memberi fokus pada pendidikan akidah islam yang mendalam, di samping membangun kemajuan moral dan spiritual dalam komuniti kepada pelajar melalui program dan seminar yang komprehensif.

Bagi memastikan kelangsungan pendidikan anak- anak ini, pihak Akademi berbesar hati membuka peluang dan ruang bagi mereka yang berkemampuan untuk bersama Menaja Pek Makanan bernilai RM16 bagi setiap pelajar yang mana ia merangkumi makanan untuk Sarapan, Tengah hari dan Makan Malam.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan mendapat barokah dan menjadi asbab kepada kecintaan ALLAH SWT dan Rasullullah SAW.

Rasullullah SAW pernah bersabda ;

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang memberi makan.”

(HR. Ahmad dan Hakim).

RM10.00

1
Scroll to Top