Kempen Hibbah
HIBAH TAJAAN DANA PENDIDIKAN AKADEMI AL GHAZALI
Bismillahirrahmanirrahim
Akademi Al-Ghazali merupakan sebuah Pusat Pendidikan Menengah yang berteraskan pendidikan melalui cinta, adab dan khidmat supaya pelajar menjadi insan yg mempunyai akhlak yang terpuji.
Pada ketika ini, Akademi Al-Ghazali mempunyai pelajar- pelajar dari golongan asnaf dan anak yatim yang memerlukan penaja hibbah yuran pendidikan bagi pengajian mereka.
Oleh yang demikian, kami ingin mengajak para dermawan sekalian untuk sama-sama kita gembirakan anak-anak ini dengan menaja Hibbah Yuran Pendidikan mereka.
Tarikh Kempen: 1/1/2024 hingga 31/12/2024
HIBBAH TAJAAN DANA YURAN PENDIDIKAN SRI INTEGRASI TAHFIZ AL-GHAZALI
Bismillahirrahmanirrahim
Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Al-Ghazali BSP merupakan salah sebuah sekolah yang berkonsepkan kebajikan untuk golongan asnaf dan anak yatim untuk mendapat pendidikan
Jadi, kami ingin memberikan peluang kepada para dermawan sekalian untuk berpusu-pusu dalam merebut pahala yang berlipat kali ganda ini dengan menaja Hibbah Pendidikan Bulanan anak-anak VIP Rasulullah ini.
Tarikh Kempen: 23/11/2023 hingga 31/12/2023
Kempen Infaq
INFAQ TAJAAN PEK MAKANAN PELAJAR AKADEMI AL-GHAZALI 2024
Akademi Al-Ghazali telah ditubuhkan sejak tahun 2020 bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan mempunyai hampir 60 pelajar berdaftar yang terdiri dari anak-anak golongan Asnaf dan yang kurang berkemampuan dari segi kewangan untuk membiayai kos perbelanjaan harian.
Akademi ini dibina tanpa bermotifkan keuntungan, sebaliknya merupakan satu langkah alternatif pendidikan yang memberi fokus pada pendidikan akidah islam yang mendalam, di samping membangun kemajuan moral dan spiritual dalam komuniti kepada pelajar melalui program dan seminar yang komprehensif.
Bagi memastikan kelangsungan pendidikan anak- anak ini, pihak Akademi berbesar hati membuka peluang dan ruang bagi mereka yang berkemampuan untuk bersama Menaja Pek Makanan bernilai RM16 bagi setiap pelajar yang mana ia merangkumi makanan untuk Sarapan, Tengah hari dan Makan Malam.
Tarikh Kempen: 1/1/2024 hingga 31/12/2024
INFAQ DANA PEMBELIAN BAS SEKOLAH SRI INTEGRASI TAHFIZ AL-GHAZALI
Bismillahirrahmanirrahim
Pihak SRI Integrasi Al-Ghazali berhasrat untuk membeli sebuah bas bagi kegunaan dan kemudahan warga sekolah khususnya. Justeru, kami dengan ini ingin membuka peluang seluasnya kepada para dermawan untuk berinfaq dan menaja atas tujuan ini.
Manfaat Kemudahan Bas Atas Tajaan
1. Memudahkan perjalanan murid hadir dan pulang ke rumah.
2. Dapat membawa murid menjalankan aktiviti luar sekolah.
3. Menjana ekonomi sekolah.
Tarikh Kempen: 1/1/2024 hingga 31/12/2024