
Tunaikan Zakat Dengan Mudah
Zakat Fitrah merupakan jenis zakat yang wajib ditunaikan oleh lelaki dan perempuan beragama Islam yang berkemampuan bersertakan syarat-syarat tertentu.

Pilih jenis Zakat yang anda mahu tunaikan
Sistem pembayaran zakat kami merangkumi semua jenis zakat. Anda hanya perlu memilih jenis zakat yang anda ingin tunaikan.

Kirakan jumlah Zakat anda melalui sistem
Sistem pembayaran zakat kami dapat mengira jumlah zakat yang anda perlu tunaikan dengan segera demi memudahkan urusan penunaian zakat anda.

Tunaikan jumlah dan isi maklumat
Masukkan jumlah zakat yang anda perlu bayar dan isi maklumat-maklumat yang diperlukan bagi melengkapkan pembayaran zakat anda.

Terima resit bagi rebat cukai LHDN
Resit akan diberikan dalam bentuk resit digital ke dalam emel yang didaftarkan bagi memudahkan urusan penebusan rebat cukai LHDN anda.
Pilih Jenis Zakat
Infaq Barakah
Program INFAQ BARAKAH mempunyai objektif teras yang sangat bermanfaat kepada para penderma serta golongan yang memerlukannya. Sekolah Al-Ghazali akan memastikan dana ini digunakan secara menyeluruh dalam semua jenis program yang dianjurkan oleh pihak kami. Antara kelebihan berinfaq terhadap para penderma adalah seperti berikut:

Membuka Pintu Rezeki

Memastikan Rezeki Berkat

Melipatgandakan Rezeki

Memberikan Ketenangan

Sekolah Al-Ghazali akan menyalurkan dana ini kepada golongan yang memerlukan seperti yang berikut:
- Rumah perlindungan
- Anak yatim
- Asnaf
- Fakir-miskin
- OKU warga emas
- Madrasah
- Surau & Masjid
- Komuniti seluruh negara
Hibah Rahmah
HIBAH RAHMAH merupakan satu lagi inisiatif yang bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan antara waris-waris. Hibah merupakan satu instrumen yang anda boleh gunakan apabila anda masih hidup untuk melakukan perancangan harta supaya ianya diagihkan kepada para waris-waris mengikut kehendak anda.
HIBAH RAHMAH merupakan salah satu khidmat yang ditawarkan oleh pihak Sekolah Al-Ghazali untuk memudahkan urusan pembahagian harta anda kepada si penerima ataupun ahli warisnya apabila si pemberi sudah meninggal dunia. Hibah merupakan satu pemberian atau ‘hadiah’ yang dilakukan oleh pemberi kepada penerima secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan ketika hayatnya masih ada.
